Aplikasi pengecaman lagu terkenal, Shazam kini secara rasminya telah dimiliki oleh Apple dan mereka turut mengesahkan kahabr berita tersebut.

Teknologi Shazam Dalam Peranti Apple

Setelah pelbagai khabar angin melanda sebelum ini, harga pengambil-alihan tersebut berjumlah sekitar $400 juta iaitu sekitar RM1.6 bilion. Untuk anda yang pertama kali mendengar Shazam, ianya adalah satu aplikasi yang memfokuskan kepada pengecaman muzik. Dengan memainkan sedikit klip lagu yang ingin diketahui tajuknya, Shazam akan membantu mencari dan memperlihatkan nama penyanyi dan tajuk lagu berkenaan dan mencatat muat-turun lebih 1 bilion sehingga ke hari ini.

IKLAN

Kejayaan Buat Apple

Sebelum ini Apple pernah membuat eksperimen yang hampir sama dengan teknologi ini namun ianya dilaporkan gagal. Barangkali dengan hak milik Shazam, Apple boleh berbangga dengannya dan yang pasti teknologi ini mungkin akan diperkembangkan dalam peranti Apple akan datang.

Sumber : The Verge