Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kes Fattah Amin Makin Seru, Jihan Dan Fahrin Cetuskan Persoalan

by Khai Azfar
December 14, 2017
Share on Facebook

Ketika masih ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi Fattah Amin yang secara tiba-tiba menghilangkan diri di set MeleTOP, murai.my berjaya perolehi beberapa maklumat dari sumber yang berada di sana.

Bermula Dari Pihak Pengurusan MeleTOP dan Fattah?

murai.my difahamkan pada mulanya pihak Fattah bersetuju untuk tampil dalam MeleTOP bersama Fahrin Ahmad dengan bersyarat iaitu dimana tiada pengacara (Neelofa dan Nabil) akan terlibat dalam segmen pembukaan.

Saat Fattah dan Fahrin bersedia untuk ‘On Air’, secara tiba-tiba pihak MeleTOP menukar kembali syarat berkenaan dengan beranggapan ianya adalah sesuatu mustahil. [murai.my] Bengang dengan penukaran syarat tersebut, pengurusan Fattah memohon untuk menarik diri dari rancangan berkenaan.

Fahrin Hairan Fattah Menghilang

View this post on Instagram

A post shared by Fahrin Ahmad – Official (@fahrinahmad_fa)

Dalam sumber lain, Fahrin turut memberitahu beliau juga merasa hairan Fattah secara tiba-tiba menghilang kerana pada asalnya, Fahrin dan Fattah diberitahu oleh pihak produksi untuk muncul pada segmen pembukaan MeleTOP tetapi pihak produksi telah menukar konsep pada saat akhir.

“Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil. Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. [murai.my] Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba”

“Kami sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya”

Jihan Sindir Fattah?

Pelawak dan pengacara Jihan Muse pula menerusi akaun Twitternya semalam telah memerli sikap tidak bertanggungjawab seorang “hero” pujaan ramai yang dipercayai ditujukan buat Fattah Amin.

Adakah benar tweet itu ditujukan buat Fattah? Semakin panas nampaknya kes ini dan Fattah mahupun pihak pengurusannya dilihat mengambil jalan untuk berdiam diri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Fahrin Ahmadfattah aminmeletopneelofa
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  4. 4

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  5. 5

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara