Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Filem Makrifat Cinta Cipta Sejarah Baru Perfileman Negara

by Khai Azfar
December 14, 2017
Share on Facebook

Semalam, murai.my berkesempatan untuk hadir ke malam gala dan pra tonton filem Makrifat Cinta yang diadakan di sebuah pawagam baru milik TSR di IRDKL Mall Shah Alam

Sinopsis Makrifat Cinta

Filem hasil karya Kamal G ini membariskan ramai pelakon-pelakon popular seperti Shamsul Yusoff, Dato Adi Putra, Nora Danish, Puteri Balqis, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Sabrina Ali. Makrifat Cinta yang diinspirasikan daripada kisah benar ini menceritakan tentang Mahathir lakonan Syamsul Yusof yang sentiasa berusaha keras untuk memenuhi segala kemahuan isterinya (Nabila Huda) dan anak perempuan mereka (Puteri Balqis).

Dalam masa yang sama Mahathir berdepan dengan masalah yang dihadapi abang iparnya, Rizal (Adi Putra) yang juga penagih dadah tegar sehingga membuatkan rumah tangganya bermasalah. Tersepit antara masalah yang dihadapi, Mahathir cuba mencari jalan keluar daripada situasi yang menimpa dirinya sehinggalah dia bertemu dengan seorang kawan perempuan di waktu belajarnya suatu masa dulu iaitu Sofea (Nora Danish).

Bagaimanapun, pertemuan itu merubah diri Mahathir daripada seorang lelaki yang dirundung masalah dan kesedihan kepada lelaki yang bermotivasi. Banyak konflik telah berlaku dalam Mahathir bangkit untuk memajukan hasil ciptaan dia iaitu sebuah aplikasi komputer.

Cipta Sejarah

Dalam perkembangan lain, filem terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd ini juga menjadi filem melayu pertama di Malaysia yang menggunakan lensa kamera Cooke Optics yang di sewa khas dari Mumbai, India.

Filem yang menelan belanja hampir 4 juta ini adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar dan pengarahnya turut menjangkakan kutipan sebanyak 20 juta. Katanya lagi walaupun jangkaan itu besar baginya tiada apa yang mustahil. Untuk anda yang ingin menonton filem ini, jangan lupa untuk saksikannya pada Februari tahun hadapan!

Nora Danish Terkilan Gagal Tunai Haji Tahun Ini, Rancang Tahun Depan Bersama Suami Baharu
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
adi putramakrifat cintanora danishputeri balqisshamsul yusof
https://lomp.at/gasar
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem