Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Rendah Diri! 7 Selebriti Ini Merupakan Anak Orang Kenamaan Dengan Anugerah Gelaran

by Phic ARMAN
December 14, 2017
294
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya bapa artis ini. Walaupun menyedari mereka anak kepada pemimpin negara mahupun yang bergelar Datuk,  namun mereka tetap dengan sifat yang selalu merendah diri.

Jom kita lihat siapa di kalangan artis Malaysia yang jarang dedahkan perihal keluarga tapi sebenarnya mereka dari keluarga yang berada.

Najwa Mahiaddin

View this post on Instagram

A post shared by KEKASIH BY THE MELVINE (@kekasih_mizzscha)

Najwa Mahiaddin lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya, kerana itulah dia menggunakan nama Najwa Mahiaddin, bukan Najwa Muhyiddin. Najwa sebenarnya anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dafi 

Menjadi anak menteri memang beruntung tapi penyanyi Dafi Datuk Seri Ismail Sabri lebih senang berdikari tanpa mengharapkan bantuan bapanya.

View this post on Instagram

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

Dafi bekas peserta Akademi Fantasia (AF)- membuka perniagaan baru House of Paradox yang membiak dan menjual kucing di Petaling Jaya. Dafi yang merupakan anak kedua Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini menegaskan perniagaan itu dibangunkan daripada hasil titik peluhnya.

Yuna Zarai

Yunalis binti Mat Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan penyanyi dan penulis lagu terkenal di Malaysia.  Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik sekaligus mengetengahkan muzik rock indie.

Yuna berasal dari Kedah dan bapanya, Dato’ Mat Zara’ai bin Alias adalah penasihat undang-undang semasa Mahkamah Tinggi di Johor Bahru dan ibunya adalah seorang guru matapelajaran kimia di sekolah tinggi.

Ummi Nazeera

View this post on Instagram

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Ummi Nazeera Nur Hidayah bt. Zainal Abidin atau lebih dikenali menerusi nama secara komersialnya sebagai Ummi Nazeera adalah merupakan seorang pelakon wanita muda yang berbakat dan terkemuka di Malaysia.

Bapanya dikenali sebagai Datuk Zainulabadin Mat Akhir. Sebelum ini ada berita mengejutkan apabila bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya.

Datuk Farid Kamil

Suami kepada Diana Danielle ini merupakan seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem di  Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.

Farid Kamil berasal dari Kedah  merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Dira Abu Zahar

Khaidhirah binti Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar, pelakon dan pengacara yang agak popular sebelum ini. Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin. Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.

Mizz Nina

View this post on Instagram

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

View this post on Instagram

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Kerjaya sebagai penyanyi bermula selepas beliau melancarkan album solo pertamanya, What You Waiting For. Beliau telah bekerjasama dengan 3 penyanyi antarabangsa seperti Theo Martins menerusi lagu “Let Me C U Get It”, Colby O’ Donis (“What You Waiting For”) dan penerima Anugerah Grammy, Planet Asia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: dafidira abu zaharfarid kamilmizz ninanajwa mahiaddinummi nazeerayuna zarai
Share122Tweet72SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Shila Amzah Sebut “Bercerai” Dalam Kapsyen Dikecam Netizen, Peminat Balas- “Ikut Dia Lah, IG Dia”
Lokal

Shila Amzah Sebut “Bercerai” Dalam Kapsyen Dikecam Netizen, Peminat Balas- “Ikut Dia Lah, IG Dia”

by Zaidin Albert
February 7, 2023
Putera Mateen Pakai Seragam Tentera, Peminat Cair Termasuk Isteri Ahli Politik
Indonesia

Putera Mateen Pakai Seragam Tentera, Peminat Cair Termasuk Isteri Ahli Politik

by Phic ARMAN
February 7, 2023
Fasha Sandha Dikritik Netizen Selepas Kongsi Video Bersenam?-“Ingatkan Dah Pakai Tudung…”
Gossip

Fasha Sandha Dikritik Netizen Selepas Kongsi Video Bersenam?-“Ingatkan Dah Pakai Tudung…”

by Naddy Joe
February 7, 2023
Netizen Keliru Tengok ‘Muka Baru’ Madonna Di Grammy 2023. Ubah Banyak Sangat Ke?
missmurai

Netizen Keliru Tengok ‘Muka Baru’ Madonna Di Grammy 2023. Ubah Banyak Sangat Ke?

by Lisa Ghani
February 7, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan