Ketika netizen sibuk memperkatakan mengenai usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman, minggu yang lalu timbul pula cerita mengenai seorang lagi usahawan terkenal, Safiey Ilias.

Safiey Ilias Kembali Menjadi Mak Nyah?

Terdahulu, Safiey menggemparkan negara kerana daripada menjadi seorang Mak Nyah, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan. Akan tetapi, dek kerana kecaman netizen, beliau menjadi Mak Nyah semula dan tidak lama kemudian, kembali pada keadaan zahirnya.

Teman Lelaki Safiey Ilias

Terbaru, Safiey sekali lagi mengejutkan ramai kerana menerusi instagram nya, beliau dilihat memakai pakaian seperti wanita dan turut dilihat kerap bersama seorang lelaki.

Malah, di Instagram nya juga, beliau telah memuat naik suntingan whatsapp dari ahli keluarga nya yang risau Safiey kembali ke zaman hitamnya.

IKLAN

Tunggu 31 Disember

Kebanyakan komen netizen berharapkan beliau tidak kembali seperti keadaanya yang terdahulu. Menurut Safiey, ada sesuatu yang bakal diumumkannya pada 31 Disember ini.

Adakah beliau akan kembali menjadi Mak Nyah atau hanya gimik produknya? Sama – sama kita nantikan!