Sekali lagi tahniah kami ucapkan buat Farid Kamil yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Akan tetapi disebalik pengiktirafan itu, terdapat netizen yang mempertikaikan penganugerahan tersebut dan bertanya apakah sumbangan Farid sehingga layak untuk bergelar Datuk?

Ramai Artis Dapat Datuk

Jika anda perasan, pada tahun ini ramai artis yang mendapat pengiktirafan yang sama. Sebelum ini juga, Datuk Hans Isaac juga mendapat tempias yang sama sehingga disindir oleh pelawak Zizan Razak dalam sebuah majlis anugerah yang dianjurkan beberapa bulan yang lalu

Farid Kamil Tegur Netizen

Sedar akan ‘kesibukan’ netizen memperkatakan mengenai isu ini, Farid meminta netizen lebih baik diam daripada memberikan sebarang komen kerana mereka tidak ada ilmu tentang adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.

“Siapa netizen itu? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang. Saya berharap mereka (netizen) lebih baik diam.”

Dalam perkembangan lain, Farid yang merasa syukur atas pengurniaan darjah tersebut mengakui ia adalah detik paling berharga sepanjang beliau bergelar anak seni. Farid juga lebih bersemangat untuk terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry