Melihatkan lakonannya dalam kebanyakan filem dan drama memang kelihatan ‘gangster’ namun jika diluar set beliau adalah seorang yang tenang meskipun dihimpit pelbagai masalah kontroversi termasuk isu rumahtangganya

IKLAN

Adi Putra Sentap?

Menerusi laporan sebuah portal, mood Adi dikatakan tiba-tiba berubah ketika seorang wartawan ingin bertanya tentang status perkahwinan terkini Adi bersama bekas isteri pertamanya, Aida Yusof. Baru-baru ini, Adi telah memuat naik foto bersama Aida siap kapsyen ‘Alhamdulillah’. Mungkin agak sentap dengan pertanyaan itu, Adi telah ‘membuat muka’ dan bertanya balik kepada wartawan tu,

“bila kali terakhir kamera pecah?”

Bagi kami, mungkin soalan yang ditanya agak sensitif baginya dan barang kali juga mungkin masa dan moodnya ketika itu tidak baik. Apa pun adakah beliau akan membuat kenyataan balas mengenai insiden ini? Sama- sama kita nantikan!