Melihatkan perwatakannya, barang kali berita yang kami dapat ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Khabarnya pengacara lelaki popular ini bukanlah ‘straight’ tetapi sebaliknya.

Meraba Ketika Sedang Tidur

Menurut mangsa, mereka sudah kenal hampir 3 tahun malah mula mengenali di laman sosial. Sejak daripada itu, pengacara ini seperti mahu mengambil kesempatan dengan memberikan pelbagai alasan seperti mengajak datang berjumpa dengannya,berharap membelikan sesuatu dan beberapa perkara peribadi lagi. Lebih mengejutkan, ketika pengacara ini tumpang tidur di hotel si mangsa, pengacara ini secara tiba – tiba telah meraba beliau dan turut bersembang mengenai beberapa perkara berunsurkan seks.

Larikan Diri

Keesokan harinya, pengacara tersebut seperti takut dan menyesal dengan perbuatannya dan turut menghubungi si mangsa dengan bertanyakan khabar dan mengharapkan beliau tidak mendedahkan perkara tersebut.

IKLAN

Akan tetapi, menurut mangsa, beliau berasa kesal dengan sikap pengacara tersebut kerana selepas daripada insiden itu, pengacara ini seperti mahu mengelak darinya malah pernah suatu ketika mereka berjumpa di sebuah acara pelakon ini hanya bercakap sepatah dua kata dan menghilangkan diri. Adakah pengacara tersebut malu? Atapun takut dengan insiden yang lepas? Kami harap jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Tiada guna untuk bermasam muka kerana suatu hari pasti akan bersua juga.