Awal bulan ini, kerajaan Britain telah mengumumkan akan membuat patung Puteri Diana sebagai penghormatan bagi ibunda Putera Harry dan William. Pengukir patung yang berasal dari Inggeris, Ian Rank-Broadley yang bakal menghasilkan patung puteri yang dicintai masyarakat dunia tersebut.

Ian Rank-Broadley

Ian Rank-Broadley adalah pengukir patung yang karyanya muncul di semua syiling Inggeris sejak tahun 1998. Tak hanya syiling Inggris, dia baru saja menyelesaikan pekerjaan di sebuah bangunan peringatan perang terpenting sejak Perang Dunia II, Memorial Angkatan Bersenjata.

Putera William dan adiknya Harry mengatakan Ian adalah pengukir patung yang berbakat dan aset berharga yang dimiliki negara Inggeris.

Patung peringatan Puteri Diana diharapkan segera dirasmikan dalam waktu dekat. Diramalkan patung tersebut bakal dirasmikan pada akhir tahun 2019 mendatang.

Sumber The Guardian

IKLAN