Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang ditayangkan di TV3 beberapa bulan yang lalu ternyata mempunyai impaknya sendiri.

Jadi Trending!

Selain berjaya meraih jumlah pengikut dalam skala yang besar ,drama ini juga telah menjadi trending buat beberapa ketika. Membariskan ramai pendatang baru seperti Idris Khan, Azrel Ismail, Raysa Rizrose dan Zera Hariz, mereka berjaya membuktikan bakat mengatasi populariti meskipun baru setahun jagung dalam industri.

murai.my berjaya menemubual salah seorang pelakon drama ini, Zera Zamri bagi menyingkap kembali kejayaan drama ini dan mengenali lebih dekat siapakah Zera disebalik lensa kamera.

Tumpang Populariti Nonny Baharuddin Dan Hanez Suraya?

Jika sekali imbas, wajah Zera mempunyai sedikit iras dengan pelakon Nonny Baharuddin dan Hanez Suraya. Tambah Zera, pernah beberapa kali peminat menyangka beliau adalah pelakon tersebut dan dia tidak kisah jika disamakan dengan mereka kerana itu adalah hak peminat – peminat.

IKLAN

Dimarahi Kerana Shila

Shila di dalam Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang dipegang oleh Zera merupakan watak Antagonis dan kerana itu jugalah Zera pernah ditegur oleh peminat dan turut merasa benci dengan wataknya itu.

“ Pernah waktu Zera ke kedai mamak, ada seorang makcik ini datang dan bagitau Zera yang beliau tidak suka dengan Zera ( Shila) . Bagi Zera , itu sesuatu yang bagus kerana Zera berjaya membawa watak tersebut dengan baik meskipun dibenci kerana Shila “

Zera Zamri Sombong!

Percaya atau tidak, pada mulanya kami menganggap Zera yang memegang watak Shila dalam drama pinggan tak retak nasi tak dingin ini, sudah menjangkau usia 30 tahun, akan tetapi dia baru berumur 22 tahun! Barangkali kerana watak yang dipegangnya itu membuatkannya kelihatan matang dari usianya. Malah dek kerana populariti drama itu, Zera dianggap sombong!

“ Sebenarnya mana ada Zera sombong pun. Mungkin kerana raut wajah Zera kot. Kalau siapa yang dah kenal Zera mesti akan cakap Zera ni peramah dan Zera akui suka bercakap dan kadang- kadang boleh non – stop! “