Rata – rata peminat menganggap pelakon, Fathia Latiff sebagai artis paling kontroversi bagi tahun 2017. Pelbagai kontroversi dan spekulasi telah terpalit pada beliau sehingga pernah suatu ketika nama beliau menjadi trending di media sosial.

Digam Penerbit?

Menerusi perkongsian Kosmo Online, Fathia akui sudah tidak mendapat sebarang tawaran berlakon gara-gara kontroversi yang menghimpit dirinya dan turut berasa sedih dengan keadaan tersebut.

“Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon. Cuma, selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran. Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan sebarang drama. Cuma saya pinta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan-kebaikan lain yang ada pada saya tidak dipandang”

Aktif Di Media Sosial

Berbanding dengan artis lain, Fathia agak aktif di media sosial terutamanya di Twitter dengan meluahkan hujah dan pandangannya tersendiri. Malah pernah beberapa kali beliau dikecam gara – gara meluahkan sesuatu yang agak sensitif bagi sesetengah masyarakat. Pandangan murai.my mungkin Fathia boleh mengambil penhgajaran dari kisah lalu dan bangkit pada tahun 2018!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry