Itulah antara kecaman yang diterima oleh penyanyi baru ini, As’ad Motawh apabila dia menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia nyanyian asal Kumpulan Armada di salah sebuah program di Indonesia. Dia yang dijemput sebagai artis undangan rancangan itu menerima pelbagai kecaman apabila As’ad dikatakan gagal membawa lagu tersebut dengan baik.

As’ad Mohon Maaf

Walaupun rakaman itu telah dijalankan beberapa bulan yang lalu, namun di Malaysia ianya tular dan hangat diperkatakan oleh peminat baru – baru ini.

Akui kesilapan yang dilakukannya, As’ad menerusi temubual bersama sebuah portal hiburan turut memohon maaf sekiranya kesilapannya itu memalukan rakyat Malaysia

Tajul Pertahankan As’ad

Dalam perkembangan lain, penyanyi Tajul tampil mempertahankan rakannya yang menerima kecaman hebat sejak tularnya video tersebut.

IKLAN

Tajul menerusi Insta Story nya memberitahu dia boleh memahami keadaan As’ad kerana bukan mudah untuk menyanyi lagu bernada tinggi terutamanya pada waktu pagi.

“Saya bukan nak ‘back-up’ kawan tapi waktu pagi memang susah nak menyanyi dan itu memang kenyataan. Malah saya sendiri pernah alami masalah menyanyi pada waktu pagi. Anda semua janganlah kecam dia… nilailah sendiri. Cuba korang kat tempat dia dengan menyanyi nada tinggi, tak kena dengan suara dia… memang tak boleh tarik,”

Apa pendapat anda? Asa’ad sememangnya berbakat ataupun hanya berlandaskan rupa semata – mata?