Beberapa minggu yang lalu, Fathia Latiff menerusi Twitter nya mengaku telah diugut oleh seorang individu yang mahu mencederakannya sekira dia memuat naik lagi sebarang status politik berkenaan. Risau akan keselamatan dirinya, Fathia ketika itu berharap mempunyai pengawal peribadi yang dapat menjaga keselamatannya.

Sudah Ada Pengawal Peribadi?

Terbaru, menerusi gambar yang dimuat naik Fathia di Instagram pelakon itu dilihat bergambar bersama dua lelaki berkemeja hitam. Dalam masa yang sama, dia turut menulis kapsyen berterima kasih kepada dua lelaki tersebut.

“Terima kasih diatas kebaikan anda!,”

Dari segi pengamatan murai.my , baju seragam tersebut lazimnya dipakai oleh pengawal peribadi.

Adakah Fathia sudah mempunyai pengawal peribadi? Jika Ya, baguslah kerana tahun ini sahaja nama Fathia banyak disebut-sebut sehingga ke tahap ada yang ingin mencederakannya!

IKLAN