Melihatkan pada pemilik jenama Merve Cosmetic, Joy Revfa kami andaikan Joy perlukan seseorang yang dapat membimbing diri dan anak tunggalnya. Selepas kontroversi hebat melanda dia dan bekas suami, Hafiz Hamidun, Joy kini bangkit meneruskan kehidupan dan perniagaanya.

Sering Dihantar Bunga Oleh Mr J

Terbaru, dikatakan terdapat seorang peminat misteri yang dikenali sebagai Mr J, sering kali menghantar hadiah dan bunga kepada Joy.

IKLAN

Ini telah diakui oleh Joy sendiri melalui gambar yang dimuatnaik di Instagram nya.

“Daripada awak selalu hantar pada saya benda ni, lebih baik awak hantar Durian.. Durian lagi mahal dari bunga ni. Kenyang pun kenyang. Anyway thanks MrJ yg selalu sudi hantar roses ni ya. Sesusah je..”

Siapakah Mr J tersebut? Adakah dia bakal bergelar Mr Joy? Bukan sahaja kami, malah peminat turut berteka-teki siapa agaknya yang sedang ingin memikat hati usahawan ini