Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Kumpulan Panjat Papan Tanda ‘IPOH’ Bakal Terima Hukuman

by Phic ARMAN
January 1, 2017
Share on Facebook

Sekumpulan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda perkataan ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di arahkan untuk tampil bagi membantu siasatan oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada awal pagi ini.

Katanya, siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Kita akan mulakan siasatan berhubung isu tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau individu itu sendiri diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=qenQz2aHQDs

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbuatan Norfarihan Baharudin, 23, bersama lima lagi individu termasuk adiknya yang bergambar serta mengambil video menggunakan dron, setelah berjaya memanjat papan tanda tersebut.

Norfarihan bukan sahaja duduk dan baring pada buaian gantung yang dipasang oleh rakannya, malah turut memberi kredit pada laman Instagram MBI dengan dengan mendakwa ‘MBI telah memberi kebenaran untuk memanjat mercu tanda Ipoh’.

Video dan gambar tersebut turut dikongsi di akaun Instagram peribadinya bermula empat hari lalu sebelum menular di laman sosial.

Sumber Utusan

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bahayaipohperakpolis
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara