Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

by Farah Fatihah
June 14, 2026
Gambar: Official Website @ANSA Hotel Kuala Lumpur

Gambar: Official Website @ANSA Hotel Kuala Lumpur

279
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi yang merancang percutian singkat di Kuala Lumpur atau mencari penginapan yang strategik di tengah bandar, ANSA Hotel Kuala Lumpur boleh menjadi salah satu pilihan yang patut dipertimbangkan. Terletak di kawasan Bukit Bintang yang sentiasa meriah, hotel bertaraf empat bintang ini menyediakan kemudahan yang memudahkan tetamu untuk meneroka pelbagai tarikan popular di Kuala Lumpur.

Lokasinya yang berada di tengah-tengah kawasan komersial Kuala Lumpur menjadikan hotel ini pilihan yang sesuai untuk pelancong mahupun pengunjung yang datang atas urusan kerja. Dari hotel ini, tetamu hanya perlu berjalan kaki ke pusat beli-belah terkenal seperti Pavilion Kuala Lumpur, Starhill Gallery, Lot 10, Fahrenheit88, Sungei Wang Plaza, Low Yat Plaza dan Berjaya Times Square.

Selain itu, pelbagai lokasi makanan popular seperti Jalan Alor, Changkat Bukit Bintang dan Lot 10 Hutong juga berada dalam jarak yang dekat. Ini memudahkan pengunjung menikmati pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa tanpa perlu memandu jauh.

Penginapan Selesa Untuk Pelbagai Keperluan

Gambar: Official Website @ANSA Hotel Kuala Lumpur

ANSA Hotel Kuala Lumpur menyediakan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk pasangan, keluarga mahupun kawan-kawan.

Antara pilihan yang tersedia termasuk Superior Room, Deluxe Room, Executive Room, Family Room, Tri Executive Room dan Suite. Setiap bilik direka dengan konsep moden dan elemen alam semula jadi yang memberikan suasana tenang serta selesa sepanjang penginapan.

Topik Berkaitan Kafe Kleptokrat, Kafe Berkonsep Warisan Yang Wajib Singgah Jika Berkunjung ke Kuala Lumpur

Bagi keluarga yang bercuti bersama anak-anak, Family Room dan Executive Quadroom menawarkan ruang yang lebih luas dengan pilihan katil bersaiz besar. Malah, Suite yang disediakan turut mempunyai ruang tamu berasingan bagi memberikan privasi dan keselesaan tambahan kepada tetamu.

Lokasi Strategik Dekat Dengan Pengangkutan Awam

Salah satu kelebihan utama ANSA Hotel Kuala Lumpur adalah akses mudah ke pengangkutan awam. Stesen Monorel Bukit Bintang dan MRT hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel, memudahkan tetamu bergerak ke pelbagai destinasi sekitar Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang ingin meneroka bandar dengan lebih santai, perkhidmatan KL Hop-On Hop-Off dan bas percuma Go KL juga boleh diakses dengan mudah dari kawasan hotel.

Pelbagai Kemudahan Di ANSA Walk

Gambar: Official Website @ANSA Hotel Kuala Lumpur

Di bahagian bawah hotel terdapat ANSA Walk yang menempatkan pelbagai pilihan restoran, kafe, kedai serbaneka dan farmasi. Tetamu tidak perlu keluar jauh untuk mendapatkan keperluan harian atau menikmati hidangan yang pelbagai.

Pada musim tertentu, kawasan ini turut dimeriahkan dengan persembahan busking serta gerai pop-up yang menjual makanan dan produk menarik. Suasana ini menjadikan kawasan sekitar hotel lebih hidup terutama pada waktu malam.

Sesuai Untuk Percutian Dengan Keluarga

Bagi yang gemar aktiviti membeli-belah, menikmati makanan tempatan atau meneroka suasana bandar Kuala Lumpur, ANSA Hotel Kuala Lumpur menawarkan lokasi yang sukar ditandingi. Dengan kemudahan pengangkutan awam yang mudah diakses serta pelbagai tarikan terkenal yang berada dalam jarak berjalan kaki, hotel ini sememangnya sesuai dijadikan pilihan untuk percutian bandar yang lebih praktikal dan selesa.

Topik Berkaitan Ramai Tak Tahu! Gold3 Boutique Hotel Di Bukit Bintang Ini ‘Hidden Gem’ Dengan Konsep Kamera Vintaj, Murah & Selesa

Maklumat Ringkas

  • Lokasi: Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi Care Bears Loft: 10.00 pagi – 10.00 malam (Cuti Umum: 9.00 pagi – 11.00 malam)
  • Penginapan: Superior Room, Deluxe Room, Executive Room, Family Room, Quadroom, Suite
  • Berhampiran MRT, Monorel, Pavilion KL, Jalan Alor dan Lot 10
  • Pelbagai pilihan makanan dan kemudahan di ANSA Walk
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
6
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
1
ansa hotel kuala lumpurBukit Bintang
Share112Tweet70SendShare

KINI TRENDING

Hari Kesihatan Mental Sedunia
LifeXplore

Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

by Nurul A.
October 9, 2026

Jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia merupakan peringatan untuk kita meneliti semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi...

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
LifeXplore

Ziana Zain Hingga Bunkface, Ini 5 Perkara Menarik Bakal Berlaku Di Konsert Astro 30 Tahun!

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan dua malam hiburan yang cukup istimewa menerusi Konsert Sooka...

Read moreDetails
Solat Subuh
IbuBapa

Anak Susah Nak Bangun Solat Subuh? Mak Ayah Wajib Cuba Trik Johan & Ozlynn Ini…

by Nurul A.
October 23, 2026

Setiap ibu bapa tak dinafikan memiliki acuan mereka sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Sama juga seperti pasangan selebriti, Johan...

Read moreDetails
LifeXplore

RM1.3 Juta Dalam 11 Jam! Anas Zahrin Sapu Dua Anugerah TikTok Shop

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Bukan calang-calang pencapaian! Usahawan dan pempengaruh terkenal, Anas Zahrin sekali lagi mencuri perhatian apabila jenama kecantikannya, ANAS Cosmetics berjaya mencatat...

Read moreDetails
Vietjet
LifeXplore

Vietjet Tawar Tambang Eco Serendah RM268, Perluas Rangkaian Penerbangan Di Asia

by Nurul A.
October 28, 2026

Menjelang musim cuti hujung tahun di Malaysia, Vietjet menawarkan tiket penerbangan kelas Eco serendah RM268 sehala, termasuk cukai dan caj...

Read moreDetails
Foto - @klinternationalairport (IG)
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

AIM25 Cecah 24.5 Juta Tontonan, TVS Buktikan Sarawak Boleh Gegarkan Pentas Nasional

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Siapa kata acara besar mesti berlangsung di Kuala Lumpur baru boleh mencuri perhatian seluruh negara? Buktinya, Anugerah Industri Muzik ke-25...

Read moreDetails
LifeXplore

Isu Luahan Panas! Pemilik Jenama Pakaian Terkenal Mahu Lamar Jepp Sepahtu Jadi Duta

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Nama Jep Sepahtu kembali menjadi bualan hangat di Threads susulan kemelut persahabatannya dengan Shuib. Namun, di sebalik isu yang semakin...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Bercuti Ke Negara Sejuk? Ini 5 Cara Maksimumkan Penggunaan HEATTECH

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Percutian hujung tahun ke negara bermusim sejuk sememangnya menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Maklumlah, selepas berbulan-bulan berdepan cuaca panas dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara