Menerusi sebuah artikel yang cukup menghayat hati dari penulis bernama Embun Majid dari NST online mengenai kisah kanak-kanak yang teringin memakai pakaian seragam sekolah. Namun masih belum terlaksana hasratnya.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun Tan Yao Chun tinggal di Taman Sayang Changlun, bangun awal pada hari Ahad yang lalu dan berjalan ke SJK (C) Yit Min bersama dengan neneknya berusia 77 tahun, Rose Mary Chin.

51745572Anak kecil hanya berdiri di kantin dan melihat kawan-kawannya memulakan persekolahan. Sebahagian daripada kanak-kanak lelaki di sekolah tersebut ada yang memanggilnya untuk bersama-sama dengan mereka, manakala ada ibu bapa yang mengenali Yao Chun ditanya mengapa beliau tidak berada di sekolah.

Budak kecil hanya menangkat bahu tanda tida tahu apa sebabnya.

Yao Chun dilahirkan pada 29 Ogos 2009 di Hospital Hatyai. Bapanya merupakan warganegara Malaysia tetapi ibunya pula dari negara Myanmar. Malangnya kanak-kanak ini tidak mempunyai status kewarganegeraan. Tan Meng Pun, 42, bapa kepada kanak-kanak ini gagal mendaftarkan kelahiran Yao Chun di Kedutaan Malaysia di Thailand. Lebih menyedihkan bapanya menghilangkan diri dan menyebabkan ibunya menyerahkan bayi yang baru lahir pada neneknya.

Rose Mary Chin

Chin berkata, dua wanita datang ke rumahnya dan menyerahkan Yao Chun, bersama-sama dengan sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Hospital Bandar Hatyai. “Mereka mendakwa bahawa anak saya telah menghilangkan diri dan mereka tidak tahu di mana untuk mencari bapa kanak-kanak ini, jadi mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan anak itu kepada saya. Saya menerima dia kerana dia adalah cucu saya.

“Dia berkata dia telah cuba untuk mendaftar Yao Chun dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi permohonannya ditolak. Ini kerana sijil kelahiran kanak-kanak itu tidak didaftarkan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand. Chin kemudian ke pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, tetapi tidak dapat melengkapkan proses permohonan itu kerana bapa kanak-kanak itu telah hilang pada masa itu. Chin kemudian cuba cara lain untuk mendapatkan cucunya di daftarkan, tetapi tidak berjaya. “Anak lelaki saya yang pulang selepas beberapa bulan, juga cuba untuk mendaftar Yao Chun dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi ia telah ditolak. Kami telah diberitahu bahawa permohonan kami masih belum selesai.

IKLAN
NSTP/AZHAR RAMLI
NSTP/AZHAR RAMLI

“Beliau berkata beliau berharap untuk menghantar Yao Chun ke sekolah tahun ini, namun seolah-olah ia tidak dapat di realisasikan. Kecewa dengan pelbagai halangan, Chin di anggap melanggar undang-undang dalam proses pengambilan anak-angkat sedangkan kanak-kanak ini adalah cucu kandungnya. “Jika sesiapa yang pernah meragui bahawa dia adalah cucu saya, saya akan menjalankan ujian DNA untuk membuktikan bahawa dia benar-benar darah daging saya. “Saya bimbang apa yang akan berlaku kepadanya apabila ketiadaan saya kelak. Dia hanyalah seorang budak kecil perlukan ada masa depan yang cerah dengan pendidikan. ”

Sumber 

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry