Anak merupakan satu anugerah yang cukup berharga serta amanah untuk pasangan ibubapa. Anak juga menjadi pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. Sudah menjadi kebiasaan orang bertanya “Bila nak dapat anak?” kepada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, kepada yang bertanya, adakah mereka sedar bahawa persoalan itu kadang-kala mengguris pasangan yang masih menanti kehadiran penyeri rumahtangga?

Beginilah kisah yang dialami oleh sepasang suami isteri ini yang telah berkahwin selama 2 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata. Isterinya Crystal sudah berputus asa dan kecewa kerana sejak kecil lagi dia amat mengimpikan akan kehadiran seorang anak.

IKLAN

image011

Setelah mengetahui Crystal tidak mampu untuk mendapatkan zuriat, maka mereka membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaian yang lain demi menjaga hubungan dan kebahagiaan perkahwinan mereka. Namun mereka enggan untuk mengambil anak angkat, ini kerana mereka mahu anak itu dari hasil mereka sendiri. Justeru, pasangan ini mengambil keputusan untuk mencipta anak patung yang mirip dengan wajah mereka berdua.

Walaupun hanya anak patung, namun bayi boneka yang diberi nama George itu mempunyai mata yang mirip dengan ibunya dan hidungnya pula amat mirip dengan ayahnya Terry Duke. Tarikh kelahiran George dicatat melalui bungkusan boneka yang tiba pada Oktober lalu dan dijual pada harga USD430 atau RM1,930.00.

image007

George dilayan seperti bayi sebenar. Pasangan ini mengajak George berjalan-jalan, memberi hadiah sewaktu sambutan Krismas dan juga diajak berbual seperti bayi biasa yang sebenar. Uniknya juga anak patung ini boleh disusukan dengan susu formula seperti bayi lain. Jika sekali pandang, tiada siapa menyangka yang George hanyalah anak patung.

Walaupun kelihatan aneh, namun pasangan Crystal dan Terry amat bahagia dengan kehadiran bayi tersebut yang telah lama mereka idamkan. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dan bermakna semenjak kehadiran George. Mereka tidak sanggup kehilangan George dan menganggap “bayi” tersebut adalah syurga buat mereka berdua.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..

pasangan-ini-merawat-boneka

sumber