King Coco dan Kapten Azrin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini sekali lagi telah mendapat perhatian netizen. Pasangan ini telah memuatnaik video di laman sosial di mana pasangan ini menyanyi secara duet lagu dari Sufian Suhaimi berjudul Terakhir.

Apa yang menjadi bahan kecaman oleh netizan adalah cara penyampaian yang dinyanyikan oleh Coco. Cara nyanyian seolah-olah tidak boleh menyebut perkataan bahasa melayu dengan betul seperti sengaja dibuat-buat.  Tidak kurang yang mengkiritik Coco lidah pendek dan suara mereka sumbang.

Walaubagaimanapun, kepada netizen yang masih tidak henti kecam gadis kacukan ini, biarlah dia menyanyi sumbang atau teruk sekalipun, yang penting dia tidak mengganggu hidup anda. Apa yang penulis boleh katakan, Coco akan terus menempa kejayaan dalam dunia perniagaan jika dia terus tabah dan sabar terhadap komen-komen pedas dari netizen.

IKLAN