Seorang lelaki yang dikenali sebagai Khizer Hayat telah mendapat gelaran lelaki terkuat di Pakistan.

Sebuah video yang sangat mendebarkan menyaksikan lelaki berbadan besar ini ditarik oleh traktor dengan tali untuk mengheretnya namun tidak berjaya.

Hayat yang berusia 25 tahun itu berkata, dia mahu menjadi juara angkat berat dan mahu menyertai arena gusti WWE.

3c11b62400000578-0-image-a-14_1484209938307

Menurut Hayat, dia akan makan 10,000 kalori sehari yang mengandungi 36 biji telur untuk sarapan pagi, 3kg daging, lima liter susu dan banyak lagi.

Dengan ketinggian 6 kaki, Hayat menambah bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan selesa dengan berat badannya.

IKLAN

3c11b61800000578-0-image-a-16_1484209948141

Hayat, yang tinggal di bandar Mardan di Pakistan, mula mengalami kenaikan berat sejak dia remaja.

“Saya mula mengalami kenaikan berat ketika remaja tetapi saya sedar yang saya mahu masuk dalam arena angkat berat dan kejuaraan orang kuat. Jadi saya teruskan menambah berat.” katanya.

3c11b6a000000578-0-image-a-9_1484209819225

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry