Benedict Jebakumar telah menggunakan masa lapangnya untuk membersihkan sebuah jalan raya di bandar Bangalore dari paku logam yang sengaja diletakkan oleh kedai-kedai tayar yang berdekatan untuk mendapatkan pelanggan datang ke bengkel mereka. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, jurutera India ini mendakwa telah mengumpul lebih daripada 50 kilogram paku logam dari jalan raya.

benedict-jebakumar-nails6-600x375
Photo: My Road, My Responsibility/Facebook

Semuanya ini bermula apabila Benedict Jebakumar sedar bahawa dia kerap perlu berurusan dengan kedai tayar kerana tayar pancit jika menggunakan jalan tersebut dari rumahnya di Banashankari ke pejabatnya.

Pada awalnya dia tidak terfikir mengenai strategi pengusaha kedai tayar ini sehinggalah beliau mendapati banyak kedai-kedai membaiki tayar di sepanjang jalan. Dia sudah melaporkan aduan pada pihak berkuasa dengan penemuan paku logam yang bertaburan namun sehingga sekarang tiada sebarang tindakan.

IKLAN
benedict-jebakumar-nails5-600x376
Photo: My Road, My Responsibility/Facebook

Sejak tahun 2012, Jebakumar telah mengutip dan mencari paku logam di jalan raya tersebut. Pada awalnya dia hanya mengutip dengan menggunakan tangan, tetapi cara ini memakan masa yang sangat lama dan menganggap kaedah ini tidak berkesan, jadi dia membina alat pembersihan yang boleh membantu beliau.

benedict-jebakumar-nails3-600x450
Photo: My Road, My Responsibility/Facebook

Dia mengambil salah satu batang kayu yang patah dan mengubahsuainya dengan meletakkan magnet di penghujung kayu.

Di fahamkan ramai juga yang membantu secara sukarela membersihkan jalan beberapa tahun yang lalu, kerana takut mengalami kerosakan kereta dan tayar pancit.

benedict-jebakumar-nails-600x450-1
Photo: My Road, My Responsibility/Facebook

Untuk membantu meningkatkan kesedaran kepada masalah paku logam di jalanraya ini, Benedict Jebakumar juga telah menubuhkan laman Facebook yang dikenali sebagai ‘‘My Road, My Responsibility‘, di mana beliau mendokumenkan aktiviti hariannya mengutip paku logam yang terkumpul.

Photo: My Road, My Responsibility/Facebook
Photo: My Road, My Responsibility/Facebook

Sumber