Video yang menjadi viral seekor monyet nakal menarik seluar lelaki ketika mengunjung di sebuah lokasi pelancongan di Indonesia.
Rakaman pendek, yang dilaporkan sempat diambil ketika mangsa mengunjungi Monkey Forest Ubud di Bali, menunjukkan monyet liar itu melompat ke seorang lelaki dari belakang untuk merebut pisang yang dipegang oleh lelaki tersebut. Monyet itu kemudian menarik turun seluar mangsa menampakkan punggung sehinggakan dia berasa malu pada pengunjung zoo lain.
Jadi berhati-hati jika mengunjungi lokasi pelancongan yang ada monyet liar seperti ini. Jangan kerana seekor monyet, anda akan diselubungi rasa malu seumur hidup.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.