Di London, wanita terkejut dan menjerit di tengah-tengah sebuah Restauran bernama Wetherspoons setelah mendapati terlihat cacing sepanjang 10 inci di atas pinggannya.

Shya Henry, 20, mula sedari selepas mengalihkan kepak ayam atas pingganya dan melihat sesuatu bewarna merah melingkari makanannya.

Shya bekerja sebagai Pendandan Rambut mengunjungi restoran ini bersama teman lelakinya berkata pelayan disitu turut tergamam apabila dia menunjukkan cacing di makanannya.

Foto: Google Maps

Beliau memberitahu The Sun: “Sebenarnya saya sudah makan separuh kemudia baru sedar ada benda aneh disitu. Saya tidak faham bagaimana pelayan boleh membawa makanan itu tanpa menyedari ia ada seekor cacing: katannya.

Shya berkata mereka kembalikan wang semula padanya dan pihak restoran memohon maaf di atas kelalaian pekerjanya.

Tetapi selepas siasatan, Wetherspoons mendakwa cacing itu sebenarnya seutas tali getah yang digunakan untuk mengikat ayam.

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry