Monday, October 2, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

AJL31: ‘Hos Terlalu Ramai & Agak Merapu’- Chef Wan

by Phic ARMAN
January 23, 2017
Share on Facebook

Sapa tidak kenal dengan chef terkenal Malaysia ini, jika dilihat di kaca tv dari awal dia memasak sehingga habis, celotehnya tidak terhenti-henti membuatkan penonton yang melihat tidak kering gusi.

Tapi perlu diketahui percakapan beliau kadang-kadang pedih juga sehingga membuatkan orang yang terasa hati kerana suka cakap lepas. Kali ini dia ingin memberi sedikit ulasan dan luahan mengenai Anugerah Berprestij Juara Lagu yang ke 31 semalam.

Dalam posting terbaru Chef Wan melalui akaun Instagramnya, dia mengakui sudah tidak mengikuti lagu-lagu Melayu ini dan pada malam semalam dia cuba untuk menonton kesemua persembahan finalis berentap secara lansung di TV3.

pengacara-ajl-31-sarimah-ibrahim-fizi-awal-ashaari-dan-fara-fauzana

“Secara peribadi, saya tidak begitu suka dengan beberapa persembahan dari penyanyi lelaki. Lain rasanya kualiti penyanyi zaman Juara Lagu semasa zaman yang saya membesar berbanding dengan persembahan semalam” katanya.

Beliau menambah, kemungkinan muzik dan susunan lagu buatkan rasa cepat bosan apa tah lagi kualiti suara penyanyi itu sendiri yang tidak begitu baik.

Selain daripada persembahan, Chef Wan juga tidak bersetuju dengan menampilkan pengacara yang terlalu ramai kerana ia sangat sukar untuk dikendali lagi-lagi ia perlukan keserasian antara semua hos.

dayangChef Wan mengakui menunggu saat persembahan Dayang Nurfaizah yang tidak pernah mengecewakan penonton dengan vokal mantapnya dan juga Jaclyn Victor membuat persembahan pembukaan begitu hebat.

“Sangat suka pada lagu Dayang malam ini. Penulisan lirik sangat indah dan vokal yang begitu mantap. Saya berharap sangat dia menang untuk vokal terbaik. Lagu yang dinyanyikan secara duet Hafiz dan Misha Omar juga baik tapi tak sehebat lagu Dayang ” katanya.

Ini hanya pendapat dan pandangan peribadi Chef Wan. Adakah anda berpuas hati dengan kesemua kualiti persembahan AJL-32 ini?

screen-shot-2017-01-23-at-3-53-04-pm

Sumber

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER ajl31awalashaarichef wandayangnurfaizahfarafauzanafizimisha omarmuzikmuziksarimahibrahimtv3
Share1Tweet1SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  2. 2

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  4. 4

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

  5. 5

    Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan