Siapa yang tidak mahu untuk mengembara seluruh dunia lebih-lebih lagi bersama teman-teman dan sanak-saudara. Namun jika difikirkan kos perbelanjaannya, sememangnya bukan semua orang mampu untuk merasai pengalaman ini.

Selain ada yang gemar mengembara ala ala backpacker, tidak kurang juga yang mahu menikmati pengalaman melancong dengan suasana mewah seperti orang kaya.

passport-to-50-600x351

Sebuah agensi pelancongan, DreamMaker menyediakan pakej pelancongan yang sangat mewah dikatakan menjadi yang paling mahal di dunia. Menurut laporan dari Oddity Central, agensi pelanconga ini menawarkan pakej pelancongan berharga USD 14 juta atau RM62 juta.

Pakej paling mewah ini menawarkan perjalanan mengelilingi 20 negara di dunia untuk penumpang bersama 49 rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.

passport-to-50d-600x404

Pakej pelancongan yang sangat eksklusif ini akan mengunjungi pulau Koh Samui, Katmandu, Agra, London, Barcelona dan berkakhir di Manilla.

IKLAN

Sebahagian daripada keuntungan ini, pihak DreamMaker akan mendermakan kepada badan-badan kebajikan yang lebih memerlukan.

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry