Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Fazura Giat Memperbaiki Vokal Untuk Single Terbaharunya

by Phic ARMAN
February 3, 2017
Share on Facebook

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, telah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat rakaman gergasi Universal Music. Kontrak yang ditandatangani bukan sahaja sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Fazura memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

Fazura akan keluar dengan single kolabrasi bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy

“Pihak kami telah lama mengikuti perkembangan karier beliau dan melihat semangat beliau untuk terus berkembang maju, Universal Music tidak teragak-agak mahu mengikat kontrak dengan Fazura. Dengan kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarkan lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan” ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong.

Sebagai langkah pertama dalam kerjasama ini, Fazura akan keluar dengan single kolabrasi bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy. Lagu berjudul “Nothing Like Pag Ibig” ini sekaligus menyaksikan Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina.

YouTube video

Bagi single terbaru ini, Fazura kini giat memperbaiki vokalnya dengan mencari nada yang sesuai dengan kemampuan suaranya melalui tunjuk ajar daripada beberapa komposer. Selain itu Fazura juga mengikuti beberapa tips yang diberikan seperti menjaga pernafasan dan bersenam.

Fazura ditemui ketika sidang media di Le Meriden Hotel Kuala Lumpur berkata rakaman untuk lagu tersebut hanya mengambil masa setengah jam sahaja dan semua proses berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu, Fazura cukup teruja menantikan respons terhadap kolabrasi perdananya dengan Jason Dy di mana peminat boleh mendengar di aplikasi iTunes dan Spotify, bakal dilancarkan bersama muzik video rasmi sempena hari kekasih pada 14 Februari ini.

Error happened.
"Gelaran Awak Kepada Anak Saya, Tak Bermakna Awak Berhak Ke Atas Anak Saya"- Fazura
fazuramissfazurauniversal music
https://lomp.at/wglgz
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara