Lambakan obor-obor terdampar telah memenuhi sebahagian sebuah pantai di Australia. Kejadian aneh ini berlaku di Deception Bay, Brisbane.
Kejadian tersebut merupakan perkara rutin yang berlaku setiap tahun di Australia. Namun, bezanya kali ini jumlah obor-obor terdampar dijangka yang terbanyak dan terbesar dalam sejarah.
Gambar yang diambil ini menunjukkan obor-obor biru yang diselaputi pasir.

Haiwan akuatik ini sebenarnya bukanlah berbahaya, ia muncul hasil daripada satu fenomena semula jadi yang dikenali sebagai mekar (bloom).
Ia terjadi dengan adanya gabungan angin utara dan keadaan air pasang menyebabkan beribu-ribu obor-obor terdampar. Obor-obor biru tersebut merupakan jenis catostylus mosaicus yang beracun namun tidak berbahaya. Spesies ini dapat membiak dengan diameter mencapai 35 sentimeter.
Fenomena mekar biasanya berlangsung selama seminggu sebelum air pasang .
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.