Rakyat negeri dibawah bayu Sabah tidak perlu bimbang lagi dengan kedatangan perogol bersiri yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto.

Menurut laporan dari Bernama, kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah memutuskan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva Kumar Subbiah daripada memasuki Sabah.

Kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva Kumar Subbiah daripada memasuki Sabah, lapor Bernama.

Datuk Seri Musa Aman

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan berkenaan telah dikuatkuasakan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan lelaki tersebut dilabel individu paling berbahaya.

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.

Selva Kumar yang menaiki Qatar Airways penerbangan QR0844 dari Doha yang dinaikinya tiba di KLIA di sini pada jam 7.30 pagi tadi.

IKLAN
Foto Kredit: Free Malaysia Today

Namun pihak media gagal menjejaki Selva selepas dia dipercayai keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada jam 9.50 pagi tetapi kesemua petugas media menunggu di laluan ketibaan antarabangsa.

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry