Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Buku Fattah Amin Raih Anugerah Buku Negara 2017

by Zaidin Albert
May 3, 2017
Share on Facebook

Fattah Amin yang meningkat naik selepas melakonkan watak Ejaz dalam bersiri Suri Hati Mr Pilot tidak terkecuali untuk menerima kritikan dan dihentam oleh ‘keyboard warrior’ di media sosial. Rata-rata netizen begitu tidak berpuas hati dengan pelancaran sebuah buku dengan tajuk ’99 Kata-Kata Fattah Amin’. Tidak kurang juga yang memuatnaik status di Facebook dan Twitter menghentam Fattah Amin kerana tidak layak untuk menghasilkan buku.

Difahamkan, buku tersebut mengandungi kata-kata daripada Fattah sejak beliau menceburi bidang seni dan bertujuan untuk peminatnya mendapatkan inspirasi daripada buku berkenaan.

Reaksi daripada netizen kadang-kadang seperti tidak masuk akal, acah-acah seperti cerdik sebenarnya tidak. Majoriti daripada mereka mengecam bahawa buku Fattah itu hanya penuh dengan foto selfie Fattah dan tidak memberi manfaat.

Berikut antara komen netizen :-

Terima Anugerah Berprestij

Namun cukup membanggakan apabila Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin tersebut tidak disangka-sangka meraih kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017.

Penulis buku itu Fattah, berkata, dia tidak mengjangkakan buku yang menerima pelbagai kritikan itu diiktiraf sebagai paling popular pada anugerah berkenaan yang diadakan di Hotel Sri Pacific.

“Saya tidak mengjangkakan buku pertama saya menerima penganugerahan pada malam ini.

Fattah turut memberitahu buku tersebut laris dipasaran dan kecaman orang tidak menghalang untuk buku ini terus mendapat tempat di hati peminat.

“Alhamdulllah, sejak dikeluarkan ia sudah terjual 5,000 naskhah. Biarpun menerima banyak kecaman, bagi saya ia satu publisiti yang telah mempopularkan buku ini,” ujarnya kepada mStar Online.

View this post on Instagram

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Mungkin para netizen yang kurang cerdik ini tidak sedari bahawa untuk mempromosikan dan memasarkan buku itu memerlukan kos yang tinggi untuk mendapat sambutan yang baik dari pembeli. Malah penulis pun juga harus aktif dan giat memperkenalkan karyanya pada orang lain agar makin banyak dikenal dan dibaca ramai orang.

Tapi Fattah Amin patut berterima kasih pada Netizen yang menghentamnya, kerana secara tidak langsung beliau mendapat publisiti dan promosi yang meluas tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Jika lebih ramai yang sibuk memperkatakan tentang buku ini, semakin popular ia di pasaran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Kalau Diberi Peluang, Saya Nak Berlakon Dengan Amira Othman"-Fattah Amin
#QalifModen99 Kata-Kata Fattah Aminartis lelakiartis lelaki bujangartis lelaki malaysia belum kahwinartis lelaki paling kacakbukufattah aminfattah amin lancarkan novelneelofapelakonpelakon dan pengacarapelakon kacakpelakon lelakipelakon lelaki malaysiapelakon popularViral
https://lomp.at/migj5
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem