Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Ibu Jari Bayi Ini Hampir Dipotong Selepas Rambut Ibu Terlilit

by Phic ARMAN
February 14, 2017
Share on Facebook

Ibu jari kiri bayi dua bulan di China ini hampir terpaksa dipotong selepas rambut ibunya terlilit tanpa disedari. Rambut dari kepala ibunya itu melilit ibu jari bayi berkenaan dengan kuat sehinggakan anggota badan itu membengkak dengan besar.

Bayi terbabit bernasib baik apabila doktor berjaya membuka lilitan tersebut dalam satu operasi  tanpa perlu memotong jari bayi ini.

Menurut laporan dari Jiangsu TV, ibu kepada bayi ini yang dikenali sebagai Wang ke hospital Renci di Xuzhou pada 10 Februari lalu.

Wang berkata bayinya itu sudah menangis di rumah selama empat ke lima hari tetapi dia tidak menyedari bahawa bayinya dalam kesakitan.

“Mungkin ia berlaku ketika saya memegangnya secara rapat, saya tidak perasan langsung dan saya tak periksa dengan terperinci,” kata Wang.

Rambut berkenaan terikat di sekeliling ibu jari bayi tersebut selama beberapa hari sehingga menyebabkan aliran darah terhenti dan menyebabkan bengkak.

Dr Hu Jun Sheng yang mengendalikan operasi ini akhirnya  berjaya untuk mengambil sehelai rambut itu menggunakan mikroskop dan bayi itu kini dalam pemulihan.

Dr Hu turut menasihatkan semua ibu untuk menjaga rambut mereka atau mengikat rambut panjang mereka untuk mengelakkan kejadian itu berlaku.

Sumber

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Pengulas Amerika Hina Malaysia Tiada Wang?
BayiChina
https://lomp.at/jnzwm
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem