Sememangnya banyak cara bagi membuang lemak, dari melakukan senaman sehinggalah menjaga diet pemakanan. Tetapi menurut satu kajian yang telah menemukan cara alternatif baru yang lebih mudah dalam membakar lemak iaitu berpuasa selama 18 jam.

Menurut laporan dari Foxnews, individu yang berpuasa selama 18 jam sehari mengikut waktu tertentu seperti dari jam 8 malam hingga 2 pagi dan dari jam 8 pagi hingga 8 malam lebih cenderung mengalami penyusutan lemak sebanyak 26% dibandingkan jika hanya bersenam dan berdiet sahaja.

Kajian turut menyatakan berpuasa selama 12 jam di siang hari di mana tidak makan dan minum, tubuh akan mengalami pembakaran lemak yang tinggi. Perkara ini berlaku kerana badan anda membakar glikogen (molekul yang menyimpan gula). Selepas 12 jam, ia mula membakar bahagian-bahagian lemak yang lain.

Sedangkan berpuasa 6 jam pada malam hari juga memiliki manfaat yang sama untuk menghindari jenis makanan yang menggemukkan. Hal ini juga mendorong seseorang untuk tidur lebih cepat daripada berkeinginan untuk makan berkali-kali.

Namun sudah tentu cara ini tidak seharusnya dilakukan oleh ibu hamil atau anak-anak.

Sumber

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry