Hari ini orang ramai sibuk dengan kisah burung ungu yang menjadi popular di media sosial. Namun ini bukan kisah mengenai sticker burung tersebut, tetapi siput yang malang. Mungkin kisah ini agak aneh selepas ia menjadi viral oleh pengguna media sosial Facebook di Israel. Dengan memuatkan beberapa foto, klinik haiwan HaClinica di Tel Aviv mengaku baru sahaja melakukan pembedahan terhadap cengkerang seekor siput.

Perkara ini berlaku kerana memenuhi permintaan seorang wanita. Wanita itu membawa seekor siput dengan keadaan yang sudah pecah. Dia merasa sangat bersalah kerana tidak sengaja memijak siput.

IKLAN

Wanita itu akhirnya memubuat keputusan untuk membawa siput tersebut ke klinik. Wanita itu merasa tidak senang hati kerana menganggap siput juga seekor makhluk hidup dan tidak sepatutnya ditinggalkan dalam keadaan yang terluka di tengah jalan atau mungkin akan mati.

Selepas mengetahui niat baik wanita itu, akhirnya pihak klinik bersedia melakukan pembedahan.

“Untuk cengkerang yang rosak, kami telah menggabungkan beberapa bahan dan gam khas. Kami sudah memastikan jika gam itu ada di luar cengkerang dan tidak tembus ke bahagian dalam organ siput,” tulis klinik tersebut dalam kenyataannya.

Akhirnya pembedahan itu berhasil dan siput itu kembali pulih di dalam rumah kecilnya. Kisah siput yang diberi nama Chevy ini menjadi tular dan dihujani komen positif dari para netizen.

Sumber