Sempenan Hari Kekasih semalam, kebanyakkan pasangan di seluruh China menyambut dengan cara tradisional, dengan mengambil bahagian dalam pertandingan untuk melihat siapa yang boleh lama bercium mulut.

Di Shiniuzhai National Geological Park di Hunan ini, kesemua pasangan mengambil bahagian membuktikan kehebatan mereka di atas jambatan gantung tertinggi di China.

IKLAN

Ia diperbuat daripada kaca dan semua peserta bersaing untuk melihat siapa yang boleh bertahan lama bercium dalam ketinggian 180 meter dari dasar gaung.

Untuk muncul sebagai juara, pasangan terpaksa bertindak balas kepada arahan yang dibuat ke atas mereka oleh hakim.

Walaubagaimanapun masih tidak dapat dipastikan berapa lama pasangan yang menang berjaya bertahan.

Beberapa tahun yang lalu, satu pasangan telah dipilih berjaya bercium mulut paling lama bertahan selama 52 minit dan mereka memenangi iPhone 6 sebagai ganjaran.

Sumber