Fenomena alam yang sangat unik berlaku di Taman Nasional Yosemite, Amerika Syarikat. Air terjun ini seperti bercahaya digelar sebagai air terjun api!

Horsetail Falls di Taman Nasional Yosemite ini terletak di California dan dari namanya sudah pasti kita tertanya-tanya bagaimana ia boleh terjadi. Fenomena air terjun api tersebut akan berlaku sepanjang bulan Februari sepanjang tahun. Di tahun 2017 ini, Taman Nasional Yosemite akan dikujungi orang ramai untuk merasai pengalaman menyaksikan fenomena itu.

“Kali ini air terjunnya lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya. Jarang terjadi seperti ini, kerana hujan dan salji yang turun lebat,” ujar jurucakap Taman Nasional Yosemite, Scott Gediman.

Sebetulnya air terjun ini bukanlah dari bahan api sehinggakan dia kelihatan bercahaya namun ini kerana cahaya matahari yang menyinari aliran air terjunnya menyebabkan ia seperti api lebih- lebih lagi dia akan berubah warna merah dan jingga, seperti api!

Lokasi bagi menyaksikan sendiri air terjun api ini adalah di El Capitan. Terdapat satu taman yang menghadap ke air terjunnya dan pengunjung boleh lihat Horsetail Falls sendiri dari situ.

IKLAN

Kepada yang ingin memlihat sesuatu yang menakjubkan ketika melamcong, boleh jadikan ia sebagai lokasi impian.

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry