Beyonce telah terlihat di King Center Smoothie pada malam Ahad yang lepas memakai Kimono jenama Gucci bernilai RM97 ribu.

Penyanyi tersohor itu bersama suaminya Jay Z dan anak perempuan Blue Ivy Carter duduk di tepi gelanggang semasa Permainan NBA All-Star ke-66 yang diadakan di stadium New Orleans, Louisiana.

https://www.instagram.com/p/BQv-hRKjb4J/

Beyonce dan pakaian Blue Ivy pada malam itu telah direka oleh Gucci. Beyonce memakai sutera panjang kimono Gucci dengan motif tropika.

Menurut laporan dari Billboard, kimono itu dari koleksi ‘SS17 Ready-to-Wear’ dengan harga USD21,945.

Kini Kimono menjadi pilihan penggemar fesyen untuk menghadiri majlis-majlis formal walaupun ia merupakan pakaian tradisional Jepun. Walaubagaimanapun, baru-baru ini ia mendapat perhatian ramai di dunia Barat sebagai inspirasi fesyen melalui jaket kimono gaya wanita yang dijual di butik-butik fesyen di UK.

IKLAN

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry