Samantha Katie James, gadis jelita yang berasal dari Kuala Lumpur raih gelaran Miss Universe Malaysia untuk tahun 2017.

Samantha yang berusia 23 tahun merupakan seorang model dan pelakon berwajah kacukan Cina-Brazil menerima gelaran itu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.

Samantha telah menewaskan 16 peserta lain dan membawa pulang wang tunai RM52,000 dan barangan lain berharga lebih RM150,000.

Kemenangan beliau diadili oleh selebriti terkenal tempatan, Datuk Hans Isaac dan Debbie Goh; Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka; pereka fesyen, Rizman Ruzaini,; pemilik salon Shawn Cutler, Shawn Loong; pemilik Ceres Jewels, Datuk Sri Navneet Goenka; dan Pengarah Pemasaran Rangkaian Antarabangsa NBCUniversal, Judriena Jamaludin.

Sudah tentunya Kemenangan itu turut membawanya untuk mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe edisi ke-66 akan datang.

Manakala, tempat empat kedua, ketiga, dan keempat masing-masing disandang oleh Dana Low, Ollemadthee Kunasagaran, dan Laura Simon.

IKLAN

Menerusi pertandingan ini, peserta dinilai dalam beberapa pusingan iaitu sesi pakaian renang, gaun malam dan soal jawab.

Sumber

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry