Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

[VIDEO] Paling Bahaya Di Dunia! 6 Fakta Ngeri Tentang Lapangan Terbang Lukla

by Phic ARMAN
November 26, 2018
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap lapangan terbang di dunia ini pasti memiliki cabaran tersendiri bagi juruterbang untuk mendarat atau menerbangkan pesawatnya.

Namun, ada lapangan terbang yang dianggap paling mencabar sekaligus berbahaya di dunia. Ia dipegang oleh Lapangan Terbang Lukla atau Bandar Udara Tenzing-Hillary.

Lapangan terbang Lukla terletak di Kota Lukla di Khumbu, D daerah Solukhumbu, Zona Sagarmatha, Nepal Timur.

Pintu Masuk ke Gunung Everest

Dipetik dari laman The Culture Trip, lapangan terbang Lukla tak hanya dijuluki sebagai lapangan terbang paling berbahaya di dunia, tetapi juga menjadi lapangan terbang paling sibuk di Nepal. Ini kerana lapangan terbang Lukla merupakan ‘pintu masuk’ utama bagi para pendaki yang berminat untuk menakluki Gunung Everest.

Dibangunkan Oleh Pendakit Pertama Gunung Everest

Bandara Lukla hanya memiliki satu landasan pacu yang diubahsuai pada 2001. Namun, landasan pacu ini awalnya dibangunkan pada 1964 oleh Sir Edmund Hillary, pendaki gunung  yang berasal dari New Zealand  yang merupakan pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest.

Landasan Pacu Yang Sangat Pendek

Landasan pacu Lapangan Terbang Nukla ini hanya memiliki jarak sejauh 527 meter. Bandingkan dengan landasan pacu Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London yang panjangnya tujuh kali ganda iaitu sekitar 3,902 meter.

Landasan pacu yang pendek memang berbahaya. Ini kerana juruterbang hanya memiliki ruang terbatas untuk menaikkan mahupun mendaratkan pesawat dengan selamat.

Lokasi Ketinggian 9,500 kaki

Lebih unik, lokasi Lapangan terbang Lukla  berada pada ketinggian 9,500 kaki di atas permukaan laut atau sekitar 2,895 meter di atas permukaan laut. Semakin tinggi letaknya sesebuah lapangan terbang, semakin rendah pula densiti atau berat jenis udaranya.

Hal inilah yang membuat pesawat harus mampu mendarat dengan kelajuan yang lebih tinggi di Lapangan terbang Lukla dibandingkan di lapangan terbang lain pada umumnya.

Terletak Di Lokasi Gunung Yang Curam

Selain risiko landasan pacu yang pendek dan ketinggian lokasi, cabaran pada lapangan terbang Lukla juga ada pada lanskap alam yang keras di sekelilingnya.

Di hujung landasan pacu ada tebing batu dan gunung yang curam. Jika pesawat tidak dapat berhenti dengan cepat, ada risiko menghentam tebing tersebut. Sementara untuk take-off, landasan pacu Lapangan Terbang Nukla berada tepat di tepi tebing curam.

Pernah Berlaku Kecelakaan Pesawat

Sangat bahaya! Di sini jugalah berlakunya kecelakaan pesawat Goma Air pada 28 Mei 2017 dan sekaligus membuatkan Lapangan Terbang Nukla menjadi lapangan terbang paling berbahaya di dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/6f65c
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem