Hospital Sakit Jiwa Gonjiam sering disebut-sebut sebagai tempat paling seram di Korea Selatan. Terletak di kota kecil Gwangju, bangunan tua yang sudah terbengkalai ini menjadi topik utama dari kisah-kisah hantu dan legenda di negara itu.

Hospital Sakit Jiwa Gonjiam berhenti beroperasi dengan tiba-tiba pada awal 1990. Alasan penutupannya tidak jelas. Namun, banyak rumor yang tersebar di sebalik kisah penutupannya ini.

IKLAN

Teori paling popular  mengapa hospital ini ditutup adalah Gonjiam adalah kerana Pakar Psikiatri di hospital itu mengalami masalah mental. Ada yang mendakwa, Psikiatri itu melakukan eksperimen kejam terhadap para pesakitnya. Selepas hal ini diketahui oleh pemerintah Korea Selatan, dia terus menutup rumah sakit itu dan lari ke Amerika Syarikat.

Teori lainnya mengatakan, terjadi kematian pesakit secara misteri di Gonjiam yang memaksanya berhenti beroperasi. Beberapa orang mendakwa bahawa kematian misteri itu disebabkan oleh hantu-hantu pesakit terdahulu yang kembali untuk membalas dendam. Namun, kedua-dua cerita ini belum terbukti kebenarannya.

Sementara itu, seperti dilaporkan oleh Atlas Obscura, Gonjiam ditutup kerana ada masalah ekonomi. Ketika masalah tersebut semakin kritikal, pemiliknya memilih berpindah ke luar negeri dan tidak meninggalkan apa-apa dokumen pun dari bangunan tersebut. Akhirnya, hospital sakit jiwa ini pun ditutup untuk umum dan dibiarkan terbengkalai hingga lebih dari 20 tahun.

Namun, meskipun pintu masuk ke Gonjiam tertutup rapat, pencinta dunia mistik mengatakan ada beberapa cara untuk masuk ke dalam bangunan itu.

Mereka menyarankan untuk berjalan di sekitar pagar sehingga menjumpai celah kecil untuk merangkak masuk. Setelah itu, ada jalan kecil yang mengarahkan  ke bangunan utama Gonjiam. Melalui cara tersebut, ramai orang yang akhirnya boleh masuk ke sana.

Di dalam Gonjiam, ditemukan mesin-mesin yang sudah berkarat, sisa ubat-ubatan dan sampah. Ruangan yang gelap dan lembap membuatkan ia lebih menyeramkan.

IKLAN

Jika Anda berniat berkunjung ke sana, banyakkan kajian dengan baik rutenya kerana para penduduk tempatan tidak akan memberi tahu lokasi Gonjiam. Para pengunjung Gonjiam mengatakan, mereka selalu meremang saat berjalan di bangunan ini.