Tahun 2017 yang lalu menyaksikan nama model terkenal yang lahir dari program Asia Next Top Model (ANTM) penuh dengan pelbagai kontroversi disebalik baru sahaja bergelar pelakon menerusi drama sulungnya, Meh Sandar Lagi.

Disebalik Kejayaan, Muncul Tekanan

Walaupun Alicia mengaku tidak ‘mati dikecam’ netizen dek kerana penampilan pergaulannya, dia terlebih dahulu mengaku bahawa sebelum ini pernah merasa tertekan yang teramat sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri. Tindakan itu dibuat Alicia sejurus selesai ANTM dan pengakuan tersebut dibuatnya menerusi perkongsian di Instagram milik Alicia.

Dimasukkan Ke Wad Psikiatri

Dek kerana tindakan yang ingin meragut nyawanya itu, Alicia juga telah dimasukkan ke wad psikiatri selama seminggu sebelum disahkan stabil sepenuhnya.

Alicia membuat pengakuan itu setelah melihatkan semakin ramai individu yang tertekan, menjadi mangsa siber buli termasuk melibatkan beberapa selebriti popular tanah air.

IKLAN