Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Dituduh Menipu? Penganjur Konsert Salman Khan Di Malaysia Diserang

by Zaidin Albert
January 3, 2018
Share on Facebook

Sesuatu yang mengecewakan apabila penyanyi antarabangsa, yang sepatutnya mengadakan konsert kali pertama di negara ini membatalkannya pada saat-saat akhir. Antara yang tidak berpuas hati dengan pembatalan konsert itu adalah para peminat dan penonton sudah berhabis wang untuk membayar tiket yang ditempah awal.

Ditanya sama ada dia mengetahui akan punca sebenar pembatalan konsert ini, kebanyakkan pihak penganjur tidak dapat memberikan apa-apa komen mengenai perkara berkenaan. Berikut antara Konsert Mega menampilkan penyanyi antarabangsa di Malaysia namun dibatalkan secara mengejut. Ada penonton yang masih belum menerima wang pulangan.

‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia‘
Penganjur:  GHC Events
Artis: Salman Khan

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Salman Khan yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan yang dijangka mengadakan konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia‘ pada 14 April tahun lalu kononnya  akan ditangguhkan namun sehingga kini tiada jawapan dari pihak penganjur.

Pengumuman Dari Pihak Pengurusan Yang dipaparkan di Laman Sesawang Air Asia Red Tix

Pihak penganjur pernah mengeluarkan kenyataan tarikh baru untuk konsert ini diadakan pada Julai 2017 namun dibatalkan sekali lagi. Peminat mula meluahkan rasa kecewa di media sosial lebih-lebih lagi ada yang masih belum mendapat wang pulangan dan menuduh pihak penganjur menipu peminat.

Menerusi ruangan komen laman rasmi Penganjur Konsert Da-bang 2017, ada pemilik tiket telah pun membuat laporan polis terhadap pihak penganjur, GHC Events kerana tidak memberi respon melalui email untuk dapatkan pulangan wang. Mereka menganggap pihak penganjur tidak bertanggungjawab dan tidak profesional kerana ada yang terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk dapatkan pulangan wang.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Seorang netizen telah meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menanggung kerugian kerana konsert ini dibatalkan saat-saat akhir.

“Saya amat kecewa selepas menerima berita mengenai penangguhan acara itu melalui media sosial. Saya merasakan sebagai penganjur acara itu, anda perlu memaklumkan kepada semua pelanggan secara peribadi melalui e-mel. Lebih-lebih lagi, penangguhan konsert itu dibuat dengan notis singkat dan benar-benar tidak menghiraukan isu bahawa pelanggan anda telah membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan menempah penginapan hotel mereka. Pihak penganjur  juga tidak memberikan tarikh konsert pada bulan Julai. Tindakan anda terhadap pembatalan dan penangguhan konsert ini mencerminkan tidak professional dari pihak anda. Organisasi anda langsung tidak fikirkan untuk menawarkan pampasan kepada pelanggan anda.”

Walaupun ada peminat yang bingung, bengang sekaligus tertanya-tanya, adakah konsert ini mahu diteruskan ataupun dibatalkan? Di saat-saat akhir pula tu? HangatMalaysia berharap pihak penganjur tampil membuat penjelasan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Konsert Da-Bangg The Tour itu turut membabitkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia termasuk koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Taksub Dengan Aishwarya, Salman Khan Hentak Kepala Di Dinding Selepas Pisah
BadshahBipasha BasuDa-Bangg The TourGHC eventsManish Paul dan Daisy Shah.Prabhu Devasalman khanTamanaah
https://lomp.at/taho0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara