Tarikh 31 Disember sepatutnya menjadi tarikh dimana usahawan kosmetik, Safiey Illias mengumumkan sesuatu mengenai spekulasi ‘kembali menjadi maknyah’. Akan tetapi tarikh tersebut menjadi hari dimana melakukan sebaliknya dengan menyahaktifkan Instagram dia.

Aktif Semula Di Instagram

https://www.instagram.com/p/BdRhp-yjPWK/?taken-by=safieyillias94

Semalam, selepas 3 hari dia mendiamkan diri akhirnya Saffiey kembali dengan turut memuatnaik beberapa gambarnya seperti biasa tanpa sebarang kenyataan rasmi mengenai janjinya mengenai 31 Disember yang lalu. Apa yang menarik perhatian HangatMalaysia ialah salah satu kapsyen ditulis tarbiyah untuk netizen.

“Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah.”

Namun terbaru, menerusi video secara langsung di Instagram, HangatMalaysia perhatikan, Safiey telah menjelaskan sebab dia mendiamkan diri dan memohon netizen untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Tambahnya juga, kenyataan rasmi akan dibuat sebaik sahaja dia selesai dengan urusan perniagaannya.

Berada Di Bangkok Bukan Untuk Pembedahan Jantina

Dalam perkembangan lain, Safiey turut menjelaskan bahawa dia berada di Bangkok bukanlah untuk lakukan pembedahan jantina namun sebaliknya dia ke sana untuk urusan perniagaan bersama stokis dan hampir 200 usahawan yang lain. murai.my difahakamnkan pakar motivasi terkenal, Dr Azizan turut berada disana. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Safiey.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry