Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Daphne Iking Peluk Anjing? Halal atau Haram?

by Ayden Mikhael
January 7, 2018
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Daphne Iking, 39, atau nama islam beliau adalah Dahlia Eleanor Iking telah memeluk islam pada tahun 2011 dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe.

murai.my terlihat Daphne memuat naik gambar di Instagram beliau dengan memegang seekor anjing bersama anak beliau petang tadi, dengan kapsyen yang sedikit sarkastik untuk bakal pengikut beliau yang besar kemungkinan akan mengkritik beliau gara-gara anjing yang Daphne pegang.

View this post on Instagram

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking)

Meet Tootsie.
Isn’t she cute?
Sebelum dikecam dan saya diberikan pahala free:
1. Yes. I am Muslim
2. No. This is my friend’s dog
3. We can touch dogs and Sayang dogs. Just cuci jer lepas tu. Macam kita cuci diri lepas pangsai or when we play with our pet kucing, hamster, horsey. Ah. Liddat. Wash.

Perbincangan berkaitan anjing dianggap sensitif di kalangan umat Islam di Malaysia sekalipun ia ada disebut dalam al-Quran melalui beberapa bentuk, antaranya kisah Ashab al-Kahfi. Dalam hadis juga, ada dicerita perihal seorang pelaku dosa besar boleh diampun oleh Allah disebabkan memberi minum kepada anjing.

Namun, murai.my merasakan ia dianggap sensitif di kalangan orang Melayu. Tidak diketahui sebabnya. Mungkin terlalu terikat kepada mazhab Syafie yang menyatakan hukum anjing ialah najis mughalazah (najis berat).

Mengikut perbincangan dari sudut pengajian usul al-fiqh pula, sesuatu perkara tidak boleh dijatuhi hukum haram selama tiada nas sahih dan sarih (jelas) menyatakan pengharamannya.

Tiada satu nas sahih dan sarih menyatakan larangan menyentuh anjing. Jadi, ia tidak boleh dinyata sebagai haram. Inikan pula hukum sentuh anjing yang tiada satu nas sahih dan sarih.

Ada kekhilafan fiqh mengenai status kenajisan anjing. Dalam mazhab al-Syafie, ia najis. Maka, apabila menyentuh anjing, wajar dibasuh tujuh kali dengan salah satunya air tanah.

Namun, pendapat yang paling kuat dalam mazhab itu, badan anjing tidak dikira sebagai najis. Berbeza dengan mazhab Maliki yang menganggap badan dan air liur anjing bukan najis. Suruhan basuh dengan tujuh kali basuh dalam hadis, hanya sunat, bukan wajib. 

Kekhilafan ini bersandar kepada hadis bahawa Nabi saw bersabda, maksudnya:
“Daripada Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah saw, apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka alirkan air padanya kemudian basuh sebanyak tujuh kali basuh.”

Sebenarnya, banyak perkara berkaitan anjing tidak wajar jadi sensitif. Namun, kekurangan penghayatan fiqh yang bersifat luas menjadikan kejumudan pula dilihat seperti kebaikan. murai.my berharap Daphne bersabar dengan apa-apa komen dari netizen.

**Disunting dari tulisan Wan Ji, seorang pendakwah bebas yang mendapat pendidikan agama di Universiti Farooqiyyah di Pakistan dan Universiti Al-Azhar di Mesir.
Tulisan asal, klik ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
daphine iking
https://lomp.at/gys3l
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem