Sebelum ini dunia hiburan Tanah Air sempat heboh dengan keakraban bintang Indonesia Agnez Mo dan Chris Brown. Tak hanya media tempatan sahaja yang menyoroti tentang kemesraan mereka berdua, media antarabangsa pun turut memperkatakan tentang hubungan yang terjalin antara penyanyi dari dua negara ini.

Khabar tersebut jadi tular setelah pasangan ini memuatnaik gambar bersama di sebuah studio pada akaun Instagramnya masing-masing.

Selain itu mereka berdua tertangkap kamera paparazzi menghadiri acara sambutan hari jadi DJ Khaleed bersama. Sememangnya mereka berdua terlibat dalam projek kolaborasi lagu On Purpose yang berada dalam album terbaru Chris Brown.

IKLAN

Kini kemesraan pasangan ini kembali menjadi perhatian di media sosial selepas sebuah foto yang mempelihatkan kedua-duanya sedang menghabiskan waktu bersama di Disneyland, Amerika Syarikat. Dalam gambar yang diambil menerusi @theshaderoom Chris Brown dan Agnez Mo terlihat sedang berpegangan tangan.

Sumber The Shade Room

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry