Boleh dikatakan keluarga Rozita Che Wan adalah jelmaan The Kardashians Malaysia! Baik dari keluarga, mertua serta adik beradik kesemua mereka menjadi sasaran media dan juga para peminat.

Giliran Aniq Ezra Mencuri Perhatian

Selain Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Little Princess Aaishah Dhia Rana, anak-anak bujang Che Ta juga sudah menjadi perhatian sejak mereka di bangku sekolah lagi. Jika Ammar Effendy glamour di Instagram dengan kereta mewah serta badannya yang kekar, kini giliran adiknya Aniq Ezra pula mencuri perhatian dengan mempunyai teman wanita yang cukup cantik.

Persis Gadis Korea

Dikenali dengan karakternya yang ‘low profile’ siapa sangka Aniq kini sedang berkawan dengan gadis cantik persis gadis korea sekaligus menutup mulut netizen yang selama ini memperkecilkan rupa paras nya yang dikatakan tidak kacak seperti abangnya. Well he already nailed it!