• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Kerana 5 Fakta Ini, Nama Amy Mastura Jadi Sebutan

by Khai Azfar
January 11, 2018
Share on Facebook

Nama Amy Mastura tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak awal 90-an lagi dia cukup dikenali ramai dengan bakatnya yang variasi.

Bermula dengan kerjayanya sebagai pramugari, penyanyi, pengacara, pelakon dan juga deejay radio Amy antara artis senior yang masih lagi bertahan dan popular sehingga ke harini. Eksklusif di murai.my 5 rangkuman peristiwa sepanjang Amy Mastura di dalam dunia hiburan yang pasti akan diingati oleh para peminat.

1. Juara Asia Bagus

Amy mula menceburi bidang nyanyian menerusi pertandingan Asia Bagus yang diadakan di Jepun dan hasilnya Amy berjaya memenangi gelaran juara pada tahun 1993 menewaskan bakat-bakat baru dari Asia yang lain.

https://youtu.be/PPzXjT6wBLo

Sejak itu, boleh dikatakan semua lagu milik Amy berada di antara yang popular seperti Meniti Hari, Bintang Hati dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Amy antara senarai artis yang memperoleh anugerah pelakon terbaik, penyanyi terbaik dalam pelbagai karier yang diceburinya. Bravo!

2. Sepupu Mazuin Hamzah

Barangkali darah seni yang ada padanya diwarisi dari keluarganya. Kerana selain Amy, sepupunya, Mazuin Hamzah dan abangnya Mazlan Hamzah terlebih dahulu menyertai bidang seni apabila menganggotai kumpulan Quinary M yang popular pada era 80an. Lebih membanggakan Amy turut diberi kesempatan membuat persembahan dalam Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel.

3. Amy Si Puteri Impian

Nama Amy terus meniti di bibir peminat bukan setakat menjadi penyanyi popular malah lakonannya dalam Puteri Impian melonjakkan namanya sebagai pelakon popular. Lakonannya di dalam Puteri Impian cukup diingati dan Puteri Impian mencatat kutipan box office sekaligus menobatkan Amy sebagai Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1999

4. Melatah!

Karakternya yang menghiburkan sentiasa disenangi ramai. Namun ada yang tidak tahu bahawa Amy seorang yang melatah. Seperti yang kita ketahui, orang yang melatah sememangnya akan terlupa seketika apa yang dilakukannya dan akan menyebut apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya.

YouTube video

Pada awal tahun 2017, Amy menggemparkan dunia hiburan kerana tidak sengaja melatah ketika sedang keudara di stesen radio Suria dan turut dikenakan denda yang berjumlah ribuan ringgit. Akui akan kesilapan dari pihak stesen radio sendiri, Amy walaubagaimanapun tidak perlu membayar denda berkenaan sebaliknya ditanggung oleh Suria FM.

5. Awet Muda

Siapa sangka pada tahun ini, Amy sudah menjangkau usia 47 tahun. Ramai yang tertanya – tanya apakah rahsia Amy? Menurutnya dari sebuah wawancara suatu ketika dahulu, dia menolak sekeras-kerasnya amalan botoks yang begitu meluas dalam kalangan artis.

Tidak kisah andai terdapat kedut pada mukanya suatu hari nanti, bagi Amy itu adalah sesuatu yang normal daripada mengambil barang terlarang tersebut dan tidak akan kenal wajahnya kelak. Amy pada 2011 pernah dilantik menjadi duta Kose dan menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.

amy masturaamy mastura melatahartis melatahasia baguskoseputeri impian
https://lomp.at/mzu9e
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
HotList

Selain Datin Nina Jureen, 5 Selebriti Ini Sebenarnya Kerabat Diraja

by Khai Azfar
August 18, 2017

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya...

Read moreDetails
HotList

5 Artis Malaysia Berpakaian Seksi Yang Tular di Tahun 2018

by Zaidin Albert
December 24, 2018

Tak terasa ya, pada ketika ini kita sudah memasuki akhir tahun 2018, bila diimbas kembali, berbagai hal yang berhubungan dengan...

Read moreDetails
HotList

Wajah Tak Macam Dulu, 6 Aktres Ini Pernah Dituduh Buat Pembedahan

by Zaidin Albert
September 12, 2017

Pembedahan plastik bukan sesuatu yang baru bagi para selebriti. Dari mengubah bibir, dagu, hingga hidung, tentunya anda sering mendengar berita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore