Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[GAMBAR] Laporan Polis Tersebar, Farid Kamil Sah Positif Ganja

by Khai Azfar
January 12, 2018
Share on Facebook

Seperti yang dimuatnaik berita terkini mengenai Datuk Farid Kamil semalam di Facebook murai.my, polis telah mengesahkan bahawa pelakon itu disahkan positif dadah jenis ganja selepas menjalani ujian air kencing.

Laporan Polis Tersebar, Ramai Yang Tidak Percaya

Khabar berita itu ternyata mengejutkan ramai peminat terutamanya kaum keluarga kerana Farid yang dikenali bukanlah sedemikian rupa. Malah ketika ramai yang ingin ketahui apakah punca sebenar yang berlaku, satu laporan polis mengenai kejadian semalam mula tular di media sosial bagi mendapatkan fakta bukti yang sahih.

Laporan Dua Kes Berlainan

Kami difahamkan menurut laporan tersebut, seorang lelaki telah terjumpa Farid dalam keadaan tidak berbaju di dalam hujan serta ingin meminta pertolongan untuk membawanya ke balai polis. Kasihan dengan pelakon ini, lelaki tersebut terlebih dahuulu telah membawa Farid ke restoran kawannya bagi meminjam baju untuk diberikan pada Farid. Sepanjang perjalanan mereka ke balai polis, lelaki tersebut mengakui Farid kelihatan agak resah dan berkelakuan aneh.

Sehinggalah tibanya mereka di balai polis dimana Farid ingin membuat laporan berkaitan satu kemalangan dan ketika ditanya anggota petugas, Farid kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long dan secara tiba-tiba dia telah menampar lelaki berkenaan serta turut menendang kemaluannya. Bukan itu sahaja, Farid dikatakan turut menampar muka petugas yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam sebelum dia ditahan.

Topik Berkaitan Farid Kamil Dedah Setahun Tak Berhubung Dengan Diana Danielle

Instagram Farid Kamil Dibanjiri Komen

Pelbagai komen kecaman dan tidak kurang juga yang meminta keluarga Farid untuk tabah menghadapi ujian ini. Hentaman demi hentaman terus diterima apatah lagi baru – baru ini Farid turut menimbulkan kontroversi berkenaan status yang berbaur politik.

Isterinya, Diana Danielle akui terkejut dengan berita penahanan tersebut serta enggan mengulas lanjut. Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Farid berbuat demikian? Sudah pasti 1 Malaysia ingin tahu penjelasan lanjut pelakon popular ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk farid kamilfarid kamil
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara