Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

5 Hal Tentang Ayana Jihye, Gadis K-Pop Jadi Model Hijab

by Phic ARMAN
January 12, 2018
802
KONGSIAN
Share on Facebook

Di tahun 2015 yang lalu, nama Ayana Jihye Moon menjadi tular di Malaysia dan Indonesia. Kisahnya menjadi sebutan kerana dia merupakan warga Korea yang memilih untuk menjadi seorang mualaf pada tahun 2012 dan kemudian terus berhijab. Hal itu tentu menarik perhatian peminat K-Pop di Tanah Air.

Perkembangan terbaru Ayana, kini dia telah menjadi seorang model hijab. di Malaysia dan kebelakangan ini dia sering terlihat menggayakan fesyen yang ditunjukkan menerusi Instagramnya. Nak tahu lebih mengenai gadis jelita ini?

Jom lihat 5 Fakta mengenai pesona gadis cantik mualaf berasal dari Korea ini.

1.Bekas Anggota F-VE Dolls

Ayana Jihye Moon merupakan bekas anggota kumpulan band wanita, F-VE Dolls. F-VE Dolls merupakan sebuah band Korea dengan dianggotai tujuh orang. F-VE Dolls sempat mengalami perubahan anggota dari berlima menjadi berenam.

YouTube video

Beberapa lagu sudah dikeluarkan oleh F-Ve Dolls seperti Lip Stains, Your Words, Like This Or That, dan masih banyak lagi. murai.my difahamkan band ini memutuskan bubar pada tahun 2015.

Sebahagian besar anggota bergabung di kumpulan band yang lain atau menjadi artis solo. Ayana Jihye Moon lah yang memutuskan menjadi mualaf dan mula berhijab.

2. Peluk Islam Ketika Remaja

Ayana memutuskan untuk memeluk agama Islam ketika dia masih remaja. Gadis yang dilahirkan 28 Disember 1995 ini sangat begitu suka dengan ajaran Islam.

Akhirnya, dia memutuskan untuk mempelajari ilmu Islam melalui internet. Pengalamannya memutuskan untuk memeluk Islam dikongsikan melalui akaun Youtube-nya.

3. Tinggalkan Negara Asal

Tak hanya sekadar mempelajari agama Islam dari internet saja, Ayana juga rela meninggalkan negaranya. Dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Islam di Universiti Islam Malaysia (UIA).

4. Tertarik dengan negara Timur Tengah Sejak kecil

Sememangnya Ayana tertarik tentang Islam sejak dia kecil lagi. Dia begitu tertarik terhadap segala sesuatu tentang Islam, Muslim, Arab, dan Timur Tengah sejak kecil.

Ketika usia 8 tahun, Ayana tak sengaja mendengar isu tentang Irak. Isu tentang Islam masih sangat sensitif di Korea. Ini kerena saat itu segala tindakan terorisme dikaitkan dengan Islam. Oleh sebab itu, Ayana tetap mahu mendekati agama Islam hingga memutuskan untuk mempelajarinya lebih dalam.

5. Cantik Semulajadi

Kecantikan Ayana Jihye Moon tak diragukan lagi. Wajahnya yang putih dan cantik membuat dia tampak bersinar. Namun, kecantikan Ayana ini sebenarnya secara semula jadi tanpa sentuhan pembedahan plastik.

Sumber Kapan Lagi

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ayana Jihye Moon
https://lomp.at/b5zzb
Share321Tweet201SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem