Tindakan pelakon Johan As’ari, 32, memuat naik video-video mengaji beliau di akaun Instagram peribadi mendapat kritikan dari pelbagai pihak.
Johan meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap sesetengah pengikutnya yang lantang menegur tanpa adab. Beliau sering juga menerima komen tidak berhemah dari netizen yang mempertikaikan cara bacaan Al-Quran beliau.
Saya juga suka berkongsi bacaan al-Quran dengan semua orang kerana pahala mereka yang mendengar sama saja dengan pahala orang yang membacanya.” katanya kepada Berita Harian.
https://www.instagram.com/p/Bd1ZH1THL7R/?taken-by=johanarrif
“Aku terima teguran namun tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut ku di sini ada yang tiada adab menegur ku salah itu salah ini dalam bacaan secara terbuka. – Johan.”
Kesimpulannya, kerja menilai amal orang lain adalah kerja Allah s.w.t. Kita sebagai manusia perlulah risau tentang diri kita dan orang tanggungjawab kita dahulu. Selalulah melihat kebaikan orang lain, dan lihat keburukan diri sendiri agar dapat diperbaiki.
murai.my mendoakan agar Johan bersabar dan teruskan keperibadian mulia sebegini. Semoga Allah memberi barakah kepada beliau serta mengumpulkan beliau dalam kebaikan dan kepada kebaikan. In shaa Allah.
https://www.instagram.com/p/BcheCrCHmle/?taken-by=johanarrif
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.