Pelbagai perkara baik dan buruk yang terjadi di dunia seni hiburan tanah air sepanjang tahun 2017. Samada artis yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ataupun selamat melahirkan anak, kita juga dikejutkan dengan berita sakit dan kematian beberapa artis tempatan. Itu adalah sebahagian warna kehidupan yang perlu dijalani. Kali ini murai.my ingin senaraikan 7 selebriti popular yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

1. Yuna

Penyanyi Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Yunalis binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan Adam Sinclair, 34, pada 1 Ogos 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

Adam, adik bongsu kepada pelakon Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair, dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi dan bekerja sebagai pengarah filem. Beliau pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012 serta beliau juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

https://www.instagram.com/p/BXdMJ22g0KU/?hl=en&taken-by=yunamusic

2. Betty Rahmad

Pada Oktober lalu, adik bongsu bintang Mak Cun, Erma Fatima serta Umie Aida, Betty Rahmad, 36, selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu Ardy Damis, 30. Pasangan romantis ini sudah empat tahun bercinta dan bakal berkahwin pada hujung bulan Januari ini.

Betty pernah berlakon dalam drama Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia. Namun Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cun dan Ammara Batrisya.

Kini Betty rancak menjadi usahawan dengan produk beliau sendiri iaitu Sambal Gila, Sambal Sewel serta Red Velvet Cookies yang menjadi kegilaan peminat-peminat beliau di Malaysia serta Singapura.

IKLAN

3. Shila Amzah

Penyanyi terkenal, NurShahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali dengan Shila Amzah, 28, selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati Haris Idraki, 29, yang bekerja di sektor kewangan di kota London pada November lalu. Haris juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Melalui akaun peribadi Instagram Shila, beliau sedang membuat persiapan terakhir untuk perkahwinan beliau yang akan berlansung pada bulan April nanti.

View this post on Instagram

Dear Haris, Seven years ago, I never realized what an incredible journey we were embarking upon together. I never would have believed that the 21 year old boy with wavy hair and the sweetest smile I've ever seen would grow into the strong, hardworking, and loving man that will be waiting for me till the end of time. I never dreamed that I would find someone who changed me to see the world in the way that you do. a man who makes me laugh and love with abundance, man who even after all these years being apart still gives me butterflies when he walks through the door. I didn’t believe that I could find a man who would remind me every single day to dream bigger, to work harder, to open my heart to the possibilities of this beautiful life. I never realized that I could love anyone as much as I love you. I love your quirky humor, your obsession with books and art. I adore your beautiful brown eyes, the way you read for me before I go to bed. I love those nights when we Skype every weekends, the way you listen to my crazy ideas and catch me when I fall… Often literally. I love you not only for who you are, but for who you inspire me to be. I love that over the past seven years, our feelings for each other has always been there like we were made for each other. Even on the days when I have struggled, when the future seemed uncertain, not once did I have to walk alone. Seven years of growing up, but never growing apart despite of the distance conquering all that life put in our way, day by day, we grew together. Haris, you are the reason that I fight so incredibly hard to be the best person that I can be. You give me a reason to make every single day even better than the last. You have shown me what it means to live and love, to give of my heart fully, to wake up every morning with the hope of helping others. You are my soulmate. My other half. The piece of my heart that I never knew was missing. And the promise of a lifetime together. Your Future Wife, The *Almost* Mrs. @hariselias 💞 P/s : you did great with the media yesterday ! I am so proud of you baby 😘 Welcome to my World😅 #3monthsdating #SharisEday #ShilaAmzahXHaris #NomorePatahSeribu 😅 #selamanyacinta

A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

IKLAN

4. Rody Kristal

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody, 32, atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Rodi Baharudin bakal melangsungkan pernikahan pada April tahun ini dengan pilihan hatinya, Nur Izwani Azman, 31, yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan.

Kehilangan Lan dalam kumpulan Kristal sedikit sebanyak membawa impak yang besar untuk Rody dan anggota yang lain. Selain Lan dan Rody, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

View this post on Instagram

Terima kasih semua yg sudi menjadi wakil meminang semalam.. paksu maksu, makngah, mak uda,tok pora,kak nini,abg arzad,bob erna,kak tini,adik beradik,. Terima kasih mak ngan ayah sebab merestui dan mendoakan hubungan sy sampai ke majlis meminang.. insyaallah selepas ni majlis akad nikah pulak.. terima kasih juga abah dan mama serta seluruh keluarga @niena_azmann yg menerima dan percaya sy utk menjaga,menyayangi anaknye dan menjadi ahli keluarga mereka.. insyaallah.. tp org kata semlm mcm nak kawen je siap tukar2 pakaian.. sebenarnya pakaian tu di sponsor.. terima kasih @_fairuzazman_ dan @daniabridal .. tp gambar2 ni di ambil selepas perbincangan dan sarung cincin di buat.. 😊😊 .. terima kasih kawan2 yg bg ucapan tahniah.. sama doakan hubungan kami ke jinjang pelamin dan terus ke syurga ya! #NADi #eday💍 #engagement #guitarist #footballer #perakthebosgaurus #jdt

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

5. Dynas Mokhtar

Setelah tiga tahun menyulam cinta dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober lalu, pelakon jelita, Dynas Mokhtar, 35, kini bersedia kembali menggalas peranan sebagai isteri buat bakal suami, Shazrik Che Mohd Din, 35. Dynas mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya pada Oktober lalu dan akan bernikah pada April depan.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mohktar mempunyai dua orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

View this post on Instagram

❤️ can’t wait to be your wife … #rikdy #pattheleo

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

6. Elfira Loy dan Sufian Suhaimi

Pelakon kecil molek Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri atau dikenali sebagai Elfira Loy, 24, dan kekasihnya seorang penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir, Sufian Suhaimi, 26, bakal menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Pasangan romantis telah mengikat tali petunangan pada Oktober lalu.

Elfira kini sibuk menjadi Pengacara Rehal bersama Iman Muda Asyraf dalam Tahfiz Muda 2017. Manakala Sufian baharu sahaja tampil dengan single berjudul Terasa Ada yang dicipta bersama komposer Sirkhan.

https://www.instagram.com/p/BZ6KvQ_DY82/?hl=en&taken-by=elfiraloy

7. Uqasha Senrose dan Hefny Sahad

Pelakon sensasi, Uqasha Senrose, 26, atau nama sebenar beliau Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen bakal berkahwin dengan Hefny Sahad, 31, selepas lebih setahun menjalin hubungan cinta. Namun masih belum ditetapkan lagi tarikh tersebut.

Walaupun Uqasha terbabit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, ibu bapa Uqasha memberi sokongan dan pilihannya kerana peranan Hefny memimpin Uqasha menjadi isteri solehah.

https://www.instagram.com/p/BcL7r26laqh/?hl=en&taken-by=uqashasenrose2

murai.my mendoakan agar pasangan-pasangan ini semua selamat membina rumah tangga yang barakah, mawaddah wa rahmah. In shaa Allah, amin!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry