Diam-diam ubi berisi! Jika selama ini ramai yang beranggapan Kilafairy diam tanpa khabar berita rupa-rupanya sepanjang tempoh itu dia sebenarnya sedang giat menyiapkan single terbarunya.

Berduet Dengan Artis Antarabangsa

Sumber terdekat memberitahu, Kilafairy akan lancarkan single terbarunya berjudul Put The Word In pada 19 Januari ini. Bukan calang – calang lagu, kerana ‘comeback’ Kilafairy atau lebih mesra disapa sebagai Kila ini mempertaruhkan single ini hasil berduet bersama rapper Dj Akuash dan penyanyi antarabangsa Sean Kingston.

Lagu Baru Perspektif Kila

murai.my difahamkan lagu terbaru Kila ini adalah mengenai keyakinan seorang gadis mengenai gaya dan perjalanan hidup beliau dan mungkin berkait rapat dengan perjalanan hidup Kila sendiri. Apapun, untuk anda yang ingin mendengar lagu ini, kami perdengarkan sedikit teaser Put The Word In dan akan mula berada di itunes, Joox dan Spotify bermula 19 Januari ini.